KENAPA BERAT BADAN ANDA SUSAH NAK TURUN????
1.Stress
Tekanan atau ramai yang panggil “stress”, menjadi antara faktor utama
penurunan berat badan tidak berlaku.Kita kena tangani stress supaya
badan kita lebih relaks dan hormon “cortisol” yang mengawal selera makan
ini tidak terganggu penghasilannya.
2.Kita makan banyak dari yang sepatutnya
Ini penyebab no. 1. Ada seorang pakar pemakanan cakap, “Kita tak akan
gemuk hanya dengan hirup udara!”. Memang betul. Lemak hanya akan
terbentuk kalau badan kita mengandungi makanan yang berlebihan
(kalori).Lelaki akan bakar dalam 2,200 kalori, manakala wanita pula
sekitar 1,600 kalori dalam sehari secara kasarnyalah.Kalau kita makan
lebih dari jumlah ini, maka lebihan kalori ini akan disimpan dalam sel
lemak. Cukup 8,000 kalori lebihan kita simpan, maka berat kita akan naik
1KG!
3.Kita senaman “Hangat-hangat t*ik ayam”
Seperti yang
disarankan di atas, kita kena amalkan senaman kardio sebanyak 5 kali
seminggu. Dan setiap kali 30 minit.Apa yang selalu kita lalui, 3 hari
pertama, semangat betul kita senaman. Orang suruh buat 30 minit, kita
buat sampai sejam. Tapi masuk hari ke empat, kita skip. Masuk minggu
ke-2 kita “terlupa” nak senaman. Masuk bulan ke-2, kita lebih suka
tengok orang senaman kat TV.Yang ini kita kena buat sesuatulah. Pilihan
atas tangan kita, kita boleh pilih dari 2 pilihan;
1. Terus jadi gemuk
2. Senaman dan kita perangi kegemukan
Orang lebih suka pilihan pertama sebab ianya mudah untuk dilaksanakan. Jarang orang pilih yang ke-2 sebab ia menyeksakan.
4. Hujung minggu jadi perosak program
Yang ni memang selalu terjadi. Terutama sekali bagi orang yang bekerja.
Kita senaman Isnin hingga Jumaat, disiplin betul. Kita makan ikut
jadual, Isnin hingga Jumaat. Kita minum air pun secukupnya, Isnin hingga
Jumaat.
Tapi, Sabtu dan Ahad, sebab cuti, maka kita dah start
“balas dendam”. Semua makanan tak sihat kita bedal. Makanan segera,
minuman manis, aiskrim dan macam-macam lagi makanan ringan kita suapkan
dalam mulut kita ni.
Selalu kita makan 1,500 kalori sahaja Isnin
sampai Jumaat, tapi hari Sabtu dan Ahad kita makan sampai 4,000 kalori
seharian. Dahlah kita makan banyak, pergerakan pulak banyak depan TV
bergolek-golek sahaja. Kadar pembakaran lemak untuk orang yang duduk
depan TV dan orang yang tidur adalah SAMA!
5. Kita tak sabar
Kita terlalu cepat sangat nak tengok perubahan. Senaman baru 30 minit,
kita dah naik timbang. Baru kita diet sehari, kita dah naik timbangan.
Bila nampak KG naik kita jadi tak semangat. Rasa yang kita punya senaman
tak berguna. Lebih baik tidur!
Kita kena tahu yang perjuangan
melawan kegemukan ini akan mengambil masa bertahun-tahun. Lagipun kita
jadi gemuk bukan dalam masa sebulan. Ada yang 10 tahun baru badannya
dari slim jadi gemuk.
Jadi, nak turunkan berat tu juga mengambil
masa. Tapi, jika proses menjadi gemuk mengambil masa 10 tahun, kita
patut berikan masa pada diri kita sendiri untuk turunkan dalam masa 1
tahun.
6.Ada masalah kesihatan
Sesetengah penyakit boleh
menyebabkan metabolisma kita menurun. Contohnya penyakit tiriod
(thyroid). Orang yang mengalami penyakit ini biasanya senang untuk berat
mereka bertambah.
7. Anda telah capai tahap “plateau”
Plateau (disebut “plato”) ini adalah satu keadaan dimana badan kita mula
lali dengan apa yang kita buat. Semua orang akan melalui keadaan ini
jika mereka lakukan sesuatu untuk turunkan berat badan.
Berat badan
akan turun pada peringkat permulaan, kemudian akan jadi perlahan
penurunannya dan sampai satu tahap ia akan berhenti langsung dari turun.
Antara sebab berlakunya plateau ini ialah;
• Kita makan terlalu rendah kiraan kalorinya
• Kita lakukan senaman yang sama sahaja sepanjang masa
• Kita senaman terlalu keras atau keterlaluan
CALL/SMS 019-6640041 UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!!!
No comments:
Post a Comment